Assalamualaikum dan semoga berbahagia~~~~ Apa khabar? (^o^) Maaflah kalau
aku menyepi lama sangat tapi aku ada sindrom writing meltdown (ketiadaan idea
atau kehendak untuk menulis) tapi alhamdulillah, sekarang aku dah mula pulih.
Jadi hari ni, aku nak kongsi satu kisah yang diadaptasi daripada sketsa yang
terselit dalam sebuah buku (Buku apa..? Nantikan, hehehe..) Semoga ada hikmat
yang korang dapat daripada hikayat ni..
Pada suatu hari yang indah, terdapat seorang gadis yang bersandar dalam
keletihan dia anjung rumah pangsanya di tingkat 50.Tanpa disedarinya, dia
tergelincir yang menyebabkan dia terjatuh dari anjung tersebut.
Namun, jatuhannya tidak
lama kerana dia sempat berpaut pada tangan seorang lelaki di anjung tingkat 40.
Playboy: Hai.. Baru mengharap, sudah tiba.
Sudikah cik ‘tidur’ bersama saya sebagai penghargaan saya selamatkan cik?
Gadis: Jangan harap!!
Playboy: Okey,, jangan menyesal… (sambil
melepaskan tangan gadis terbabit)
Gadis tersebut kini
jatuh lagi tetapi, apabila tiba di tingkat 30, sepasang tangan
menangkap tangan gadis itu.
Gadis: Oh, terima kasih….
Perokok: Sama-sama~~~~ Saya sunyilah malam ni,
apa kata awak tidur dengan saya? Katil saya tu….. Argh!! Aku cakap straight
jelah, ko nak hilang dara atau hilang nyawa?
Gadis: Eeeewww….. Kau pun sama?
Terus sahaja lelaki
tersebut melepaskan tangan gadis tadi kerana tidak nampak di
mana faedahnya dia
menyelamatkan nyawa insan yang jatuh dari tingkat 50 itu.
Kini,
gadis kejatuhan itu tiba di tingkat 20 dan kali ini, seorang lelaki tua sempat
menggapai lalu menangkap
tang gadis dalam genggaman tangannya seraya bertanya
Orang Tua: Wah,wah,wah….. Saya dah lama cari perempuan
dengan wajah dan badan seumpama awak. Nak tak berlakon aksi ‘panas’ dalam bilik
saya? Lokasi, kamera, prop dan pelakon lelaki (saya) dah ada cuma sekarang saya
perlukan pelakon wanita pulak…
Gadis: TAK NAK!!!!!!!!
Lantas lelaki tadi terus
mengangkat gadis tadi, tidak seperti dua lelaki yang
sebelumnya. Tanpa segan
silu mensia-siakan nyawa gadis itu kerana enggan
memenuhi ‘nafsu serakah
jantan’ mereka.
Orang Tua: Baik, sekarang awak pakai baju ni.. Lepas
bersolek, bolehlah kita mula merakam (sambil tersengih kegatalan).
Gadis: Eh, kan saya dah kata saya TAK NAK
terlibat dalam filem picisan awak..
Orang Tua: Oh, awak kata “TAK NAK!!!!”, bukan “NAK,
NAK!!!!!!” rupanya....
Lelaki separuh abad tadi
terus menghumban gadis tadi kerana menolak tawarannya.
Kini, satu pola sudah
kelihatan dalam fikiran gadis yang kini hanya 110 kaki dari
permukaan jalan. Dia
berfikir kenapalah dirinya sangup melepaskan tiga peluang untuk
menyelamatkan diri tadi.
Dia sudah enggan mengambil risiko lagi selepas ini.
Kemudian, seorang jejaka
menangkap gadis terbabit daripada jatuh.
Jejaka: AlhamduliLLAH, saya sempat tangkap
awak tadi...
Gadis: (Dengan nada cemas dan wajah
gelisah) Saya rela tidur dengan awak, awak buatlah apa-apa saja yang awak
mahu.. Saya dah tak kisah lagi!!
Jejaka: Masya-ALLAH!!!
Dek kerana terkejut
dengan butir-butir perkataan yang terluah dari mulut gadis itu,
jejaka tadi terlepas
genggamannya dan sekarang, gadis tersebut meneruskan
kejatuhannya
hinggalah...................................................
Kesimpulannya, dalam hidup ni dugaan akan sentiasa datang
dan selalunya kita dapat
lepasi.. namun, ada dugaan yang mampu menggugat pendirian
kita dan yang lebih
merisaukan ialah, pada masa kita sedar daripada kejahilan
kita, sudah tiada lagi
kesempatan untuk membetulkan kesalahan yang telah kita
lakukan. Jadi, kita sentiasa
perlukan peringatan serta nasihat... Sekian, terima
kasih. Assalamulaikum dan
selamat tinggal..
Seriusly..Nice story :D
ReplyDeleteNice :)
ReplyDelete