Friday, April 27, 2012

EPIQ read - Duit Punya Cerita...


Tajuk: Khalifah Zuhud - Umar bin Abdul Aziz
Pengarang: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penterjemah: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz



Assalamualaikum dan hai y’all....  Apa khabar? Kali ni untuk sesi bedah buku, aku nak kongsi satu buku yang wajar dibaca untuk semua golongan tanpa mengira  usia, pangkat, bangsa, agama, tempat asal dan sebagainya.  Pengarang buku ni bukan calang-calang orangnya dalam medan ilmu dan tokoh yang dibicarakan ni bukan calang-calang juga. Antara kehebatan beliau adalah:

  1. Serigala dan kambing boleh hidup dengan harmoni sepanjang pemerintahan beliau. Sebaik sahaja beliau meninggal, serigala terus menyerang kambing.
  2. Membasmi kemiskinan secara total dalam kalangan rakyatnya.
  3. Beliau menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sangat amanah dan berdedikasi hinggakan tiada langsung masa untuk bersetubuh atau bermimpi (yang berunsur seksual).

Sebenarnya, banyak lagi nilai-nilai murni beliau yang boleh kita pelajari, tapi takkan aku nak cerita sampai habis kat sini kan..? (^o^)

     Satu bahagian yang buat aku ‘sentap’ ialah bila diceritakan yang beliau menggunakan ‘pelita khalifah’ pada waktu malam untuk menguruskan hal ehwal negara dan kemudian menggunakan ‘pelita peribadi’ untuk urusan peribadi. Alasan beliau? Hak, amanah dan harta rakyat hanya digunakan untuk menguruskan rakyat, bukan untuk hal peribadi beliau.

     Sebagai pelajar yang mendapat tajaan di institusi pengajian tinggi yang terkemuka, aku rasa seolah-olah ‘ditampar’ dengan sikap mulia Umar Abdul Aziz yang ni. Aku terfikir, “Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan baik? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan buruk? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan sia-sia?”. Sedangkan duit tu mewakili amanah yang diberi kepada kita... Jadi, tak kisahlah penaja korang MARA, JPA,  PTPTN, FaMa (ibu bapa) atau apa-apa organisasi pun, jagalah amanah yang diberikan kepada kita...

     Selain itu, buku ni diterbitkan untuk mengumpal dana pembinaan dan pembangunan maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Maka, dengan membeli buku ni, kita bukan sahaja dapat menuntut dan menyebarkan ilmu, kita dapat membantu insan-insan lain meneruskan pendidikan. Semoga perkongsian kali ni berguna untuk semua... Assalamualaikum, bye.. =)

No comments:

Post a Comment