Friday, November 2, 2012

EPIQ says - My name is EPIQ, blogEPIQ...

Assalamualaikum / Hi......... =) After such a long period of absence, I returned for another post... Sorry very much... I found it hard to squeeze my schedule to blog... Nevertheless, I wanna share my insights on latest installment to James Bond series: SKYFALL

Imagine me walking in this poster... =P





It all started when Bond was in a mission to retrieve a leaked lists of MI6 operatives but as the plot progresses, he discovered Raoul Silva (former MI6 operative) has something much more sinister in his sleeve. With the relevance of MI6 existence being questioned as well as been attacked by its former operative, it is up to 007 and M to restore things back into order.

As an amateur fan of Bond movies, I found that this movie is refreshing view on what espionage is and the magnitude and direction of Bond's developments especially after 50 years since its first movie (Dr. No) being launched. He depends less on his gadgets and relies more on improvisation of his surrounding and as time goes by, 007 turned from someone glamorous to something more realistic and gritty.

There are two main lessons I would like to share here:
  1. Although Bond failed his agent competency test, M still entrusted him for the mission and as this movie proved, he nailed it big time. What I want to stress is not all successes and failures in this world can be determined by tests or exams. Perhaps there are some other qualities that even tests can explore but only you can do it.
  2. Raoul Silva turned against MI6 after felt himself betrayed and neglected. As a part of an organisation, it is essential to look after each and everyone of us to hinder fatigue or any of our members being left out or in Arabic we refer it as 'al-Futur'. People with this disease may slow down an organisation or grind things to a halt or as demonstrated in this movie, may even breed a traitor. Therefore, please take good care of those with you.. =)
As you might aware of, Bond movies usually include sensual scenes but fortunately the cinema at my place has already 'cut' that part out but in case the cinemas at yours don't, please be careful of what you and those with you are watching.

Enough of my bla-bla-bla for today, pray that ALLAH give me more strength to share with you guys more... See ya and Assalamualaikum ...

Monday, May 7, 2012

EPIQ says - The Girl and Gravity


Assalamualaikum dan semoga berbahagia~~~~ Apa khabar? (^o^) Maaflah kalau aku menyepi lama sangat tapi aku ada sindrom writing meltdown (ketiadaan idea atau kehendak untuk menulis) tapi alhamdulillah, sekarang aku dah mula pulih. Jadi hari ni, aku nak kongsi satu kisah yang diadaptasi daripada sketsa yang terselit dalam sebuah buku (Buku apa..? Nantikan, hehehe..) Semoga ada hikmat yang korang dapat daripada hikayat ni..


Pada suatu hari yang indah, terdapat seorang gadis yang bersandar dalam keletihan dia anjung rumah pangsanya di tingkat 50.Tanpa disedarinya, dia tergelincir yang menyebabkan dia terjatuh dari anjung tersebut.
            Namun, jatuhannya tidak lama kerana dia sempat berpaut pada tangan seorang lelaki di anjung tingkat 40.

Playboy:         Hai.. Baru mengharap, sudah tiba. Sudikah cik ‘tidur’ bersama saya sebagai penghargaan saya selamatkan cik?
Gadis:             Jangan harap!!
Playboy:         Okey,, jangan menyesal… (sambil melepaskan tangan gadis terbabit)

Gadis tersebut kini jatuh lagi tetapi, apabila tiba di tingkat 30, sepasang tangan
menangkap tangan gadis itu.

Gadis:             Oh, terima kasih….
Perokok:        Sama-sama~~~~ Saya sunyilah malam ni, apa kata awak tidur dengan saya? Katil saya tu….. Argh!! Aku cakap straight jelah, ko nak hilang dara atau hilang nyawa?
Gadis:             Eeeewww….. Kau pun sama?

Terus sahaja lelaki tersebut melepaskan tangan gadis tadi kerana tidak nampak di
mana faedahnya dia menyelamatkan nyawa insan yang jatuh dari tingkat 50 itu.

       Kini, gadis kejatuhan itu tiba di tingkat 20 dan kali ini, seorang lelaki tua sempat
menggapai lalu menangkap tang gadis dalam genggaman tangannya seraya bertanya

Orang Tua:    Wah,wah,wah….. Saya dah lama cari perempuan dengan wajah dan badan seumpama awak. Nak tak berlakon aksi ‘panas’ dalam bilik saya? Lokasi, kamera, prop dan pelakon lelaki (saya) dah ada cuma sekarang saya perlukan pelakon wanita pulak…
Gadis:             TAK NAK!!!!!!!!

Lantas lelaki tadi terus mengangkat gadis tadi, tidak seperti dua lelaki yang
sebelumnya. Tanpa segan silu mensia-siakan nyawa gadis itu kerana enggan
memenuhi ‘nafsu serakah jantan’ mereka.

Orang Tua:    Baik, sekarang awak pakai baju ni.. Lepas bersolek, bolehlah kita mula merakam (sambil tersengih kegatalan).
Gadis:             Eh, kan saya dah kata saya TAK NAK terlibat dalam filem picisan awak..
Orang Tua:    Oh, awak kata “TAK NAK!!!!”, bukan “NAK, NAK!!!!!!” rupanya....

Lelaki separuh abad tadi terus menghumban gadis tadi kerana menolak tawarannya.
Kini, satu pola sudah kelihatan dalam fikiran gadis yang kini hanya 110 kaki dari
permukaan jalan. Dia berfikir kenapalah dirinya sangup melepaskan tiga peluang untuk
menyelamatkan diri tadi. Dia sudah enggan mengambil risiko lagi selepas ini.
Kemudian, seorang jejaka menangkap gadis terbabit daripada jatuh.

Jejaka:            AlhamduliLLAH, saya sempat tangkap awak tadi...
Gadis:             (Dengan nada cemas dan wajah gelisah) Saya rela tidur dengan awak, awak buatlah apa-apa saja yang awak mahu.. Saya dah tak kisah lagi!!
Jejaka:            Masya-ALLAH!!!

Dek kerana terkejut dengan butir-butir perkataan yang terluah dari mulut gadis itu,
jejaka tadi terlepas genggamannya dan sekarang, gadis tersebut meneruskan
kejatuhannya hinggalah...................................................
SPLAT!!!!!

Kesimpulannya, dalam hidup ni dugaan akan sentiasa datang dan selalunya kita dapat
lepasi.. namun, ada dugaan yang mampu menggugat pendirian kita dan yang lebih
merisaukan ialah, pada masa kita sedar daripada kejahilan kita, sudah tiada lagi
kesempatan untuk membetulkan kesalahan yang telah kita lakukan. Jadi, kita sentiasa
perlukan peringatan serta nasihat... Sekian, terima kasih. Assalamulaikum dan
selamat tinggal..

Friday, April 27, 2012

EPIQ read - Duit Punya Cerita...


Tajuk: Khalifah Zuhud - Umar bin Abdul Aziz
Pengarang: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penterjemah: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz



Assalamualaikum dan hai y’all....  Apa khabar? Kali ni untuk sesi bedah buku, aku nak kongsi satu buku yang wajar dibaca untuk semua golongan tanpa mengira  usia, pangkat, bangsa, agama, tempat asal dan sebagainya.  Pengarang buku ni bukan calang-calang orangnya dalam medan ilmu dan tokoh yang dibicarakan ni bukan calang-calang juga. Antara kehebatan beliau adalah:

  1. Serigala dan kambing boleh hidup dengan harmoni sepanjang pemerintahan beliau. Sebaik sahaja beliau meninggal, serigala terus menyerang kambing.
  2. Membasmi kemiskinan secara total dalam kalangan rakyatnya.
  3. Beliau menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sangat amanah dan berdedikasi hinggakan tiada langsung masa untuk bersetubuh atau bermimpi (yang berunsur seksual).

Sebenarnya, banyak lagi nilai-nilai murni beliau yang boleh kita pelajari, tapi takkan aku nak cerita sampai habis kat sini kan..? (^o^)

     Satu bahagian yang buat aku ‘sentap’ ialah bila diceritakan yang beliau menggunakan ‘pelita khalifah’ pada waktu malam untuk menguruskan hal ehwal negara dan kemudian menggunakan ‘pelita peribadi’ untuk urusan peribadi. Alasan beliau? Hak, amanah dan harta rakyat hanya digunakan untuk menguruskan rakyat, bukan untuk hal peribadi beliau.

     Sebagai pelajar yang mendapat tajaan di institusi pengajian tinggi yang terkemuka, aku rasa seolah-olah ‘ditampar’ dengan sikap mulia Umar Abdul Aziz yang ni. Aku terfikir, “Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan baik? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan buruk? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan sia-sia?”. Sedangkan duit tu mewakili amanah yang diberi kepada kita... Jadi, tak kisahlah penaja korang MARA, JPA,  PTPTN, FaMa (ibu bapa) atau apa-apa organisasi pun, jagalah amanah yang diberikan kepada kita...

     Selain itu, buku ni diterbitkan untuk mengumpal dana pembinaan dan pembangunan maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Maka, dengan membeli buku ni, kita bukan sahaja dapat menuntut dan menyebarkan ilmu, kita dapat membantu insan-insan lain meneruskan pendidikan. Semoga perkongsian kali ni berguna untuk semua... Assalamualaikum, bye.. =)

Wednesday, April 25, 2012

EPIQ share - Nak Ke Mana Lepas Ni?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Masa aku muda-muda dulu, aku pun pernah bersekolah dan melepasi fasa SPM. Tapi ada satu masalah: “Aku nak belajar kat mana pasni?”. Sudah tentu banyak universiti yang buat promosi  tentang ‘kelebihan’ menyambung pengajian di kampus mereka cuma, antara sekolah dan universiti ada satu peringkat yang dinamakan “pra-U” dan kebanyakan remaja (termasuk aku) sukar membuat pilihan dalam memilih haluan sendiri.

            Jadi, aku nak berkongsi  secebis maklumat yang aku dapat hari ni. Sebelum memasuki universiti, apa institusi/jurusan pra-U yang perlu kita sertai? Berikut adalah ringkasan tentang jurusan-jurusan yang mungkin korang pilih:

Matrikulasi Kerajaan
      ·         Menyediakan jurusan dalam bidang sains dan perakaunan.
      ·         Agak mudah dan lepasan jurusan ini diiktiraf di kebanyakan institusi pengajian tinggi    awam dan swasta serta beberapa universiti di UK, Australia, New Zealand dan Indonesia.
      ·         Terdapat Program Satu Tahun (PST) untuk pelajar aliran sains, perakaunan dan teknikal manakala Program Dua Tahun (PDT) untuk pelajar bumiputera sahaja dalam aliran sains.
      ·         Kadar tusyen jurusan ini disubsidikan malah, setiap pelajar akan mendapat elaun sebanyak RM1250 setiap semester.

Asasi Kolej
·         Kursus ini ditawarkan di institut pengajian swasta sama dengan  pengajian ijazah. Maka, pelajar yang memilih kursus ini haruslah nekad dalam mengambil jurusan yang sama di tempat yang sama.
·         Struktur pengajian dan sukatan pembelajaran adalah unik kepada institusi tersebut.
·         Mengambil masa hanya setahun yakni lebih cepat daripada diploma.
·         Memerlukan 5 kepujian dalam peperiksaan SPM.

International Baccalaureate (IB)
·         Dikira sebagai diploma dan mengambil masa selama dua tahun. Lepasan kursus ini diterima di mana-mana universiti dalam mana-mana jurusan.
·         Pelajar perlu mengambil sebanyak satu subjek daripada setiap kumpulan ini:
1.    Pengkajian bahasa dan sastera
2.    Pengukuhan bahasa
3.    Individu dan masyarakat
4.    Sains bereksperimen
5.    Matematik dan sains komputer
Dan untuk subjek keenam, pelajar boleh menambah daripada kumpulan 1-5 atau mengambil subjek daripada kumpulan
6.    Kesenian
·         Selain 6 subjek di atas, para penuntut haruslah menulis karangan panjang, mengikuti TOK dan CAS. Di penghujung pembelajaran pula, mereka perlu menduduki peperiksaan bertulis.
·         Untuk menjalani kursus ini, pelajar dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, menduduki ujian kemasukan dan menghadiri temuduga.

A-level
·         A-level ditadbir oleh Cambridge dan Edexcel. Lulusan kursus ini diterima serata dunia dan mengambil masa 18 bulan untuk ditamatkan.
·         Pelajar boleh mengambil 3 ke 4 mata pelajaran. Di samping itu,khususnya untuk pelajar Malaysia mereka dikehendaki untuk mengambil subjek Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam/Moral.
·         Terkini, IPTA yang menerima lulusan A-level adalah UM, UKM, UPM, UTM dan USM.
·         Walau bagaimanapun, kos pengajian kursus ini boleh mencapai RM10000-RM25000.

STPM
·         Program ini mengambil masa selama 1.5 tahun  dan merangkumi 3 semester. Mulai tahun ini, segala peperiksaan dan tugasan akan dijalankan mengikut semester.
·         Pelajar perlu mengambil 4 ke 5 subjek termasuklah Pengajian Am ditambah pula dengan MUET.
·         Pelajar yang tidak mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi dan matrikulasi akan secara automatik terdaftar sebagai pelajar STPM.
·         Meskipun, para pelajar terbelenggu dengan pakaian seragam, yuran pengajiannya murah: RM120 dan tambahan RM90 untuk setiap subjek.

Asasi
·         Ditawarkan oleh kerajaan, tempoh 1-2 tahun yang merangkumi 38 jam kredit. Terdapat Pengajian Satu Tahun dan Pengajian Dua Tahun.
·         Kursus ini ditawarkan di UM, UIAM, UiTM, UPNM, USIM, USM, UNIMAS dan UKM. Bidang yang boleh diceburi adalah perundangan, sains, perakaunan, kejuruteraan dan TESL.
·         Untuk memohon, pelajar haruslah berstatus Bumiputera dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam SPM termasuklah subjek Bahasa Malaysia.
·         Pelajar yang mengikuti program ini mendapat subsidi kerajaan, pengajian secara percuma dan elaun sebanyak RM 1250 setiap semester.
·         Bagi kebanyakan pelajar, mereka yang lulus akan dapat menyambung ijazah di institusi yang sama namun ada segelintir yang perlu mengisi semula UPU.
·         Kepada yang mahu menukar jurusan atau university, hasrat itu sukar untuk ditunaikan manakala bagi pelajar yang gagal menyempurnakan kursus ini, mereka perlu membayar kembali  serta memulakan segalanya semula.

Itulah serba ringkas mengenai kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat pra-universiti. Artikel ini sengaja tidak diberi secara lengkap untuk menggalakkan anda mencari maklumat tambahan yang sahih. Diharap agar entri ni boleh membantu dan ingatlah bahawa apa sekalipun pilihan yang kita buat, pastikan pilihan itu membantu kita di akhirat kelak =) Sekian, assalamualaikum dan selamat tinggal…

Sumber
“Vital Course Details” ,dari sisipan Undergraduate Focus Pre-U, akhbar New Straits Times keluaran 25 April 2012, mukasurat 8-9.