Friday, April 27, 2012

EPIQ read - Duit Punya Cerita...


Tajuk: Khalifah Zuhud - Umar bin Abdul Aziz
Pengarang: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penterjemah: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz



Assalamualaikum dan hai y’all....  Apa khabar? Kali ni untuk sesi bedah buku, aku nak kongsi satu buku yang wajar dibaca untuk semua golongan tanpa mengira  usia, pangkat, bangsa, agama, tempat asal dan sebagainya.  Pengarang buku ni bukan calang-calang orangnya dalam medan ilmu dan tokoh yang dibicarakan ni bukan calang-calang juga. Antara kehebatan beliau adalah:

  1. Serigala dan kambing boleh hidup dengan harmoni sepanjang pemerintahan beliau. Sebaik sahaja beliau meninggal, serigala terus menyerang kambing.
  2. Membasmi kemiskinan secara total dalam kalangan rakyatnya.
  3. Beliau menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sangat amanah dan berdedikasi hinggakan tiada langsung masa untuk bersetubuh atau bermimpi (yang berunsur seksual).

Sebenarnya, banyak lagi nilai-nilai murni beliau yang boleh kita pelajari, tapi takkan aku nak cerita sampai habis kat sini kan..? (^o^)

     Satu bahagian yang buat aku ‘sentap’ ialah bila diceritakan yang beliau menggunakan ‘pelita khalifah’ pada waktu malam untuk menguruskan hal ehwal negara dan kemudian menggunakan ‘pelita peribadi’ untuk urusan peribadi. Alasan beliau? Hak, amanah dan harta rakyat hanya digunakan untuk menguruskan rakyat, bukan untuk hal peribadi beliau.

     Sebagai pelajar yang mendapat tajaan di institusi pengajian tinggi yang terkemuka, aku rasa seolah-olah ‘ditampar’ dengan sikap mulia Umar Abdul Aziz yang ni. Aku terfikir, “Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan baik? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan buruk? Berapa banyak duit tajaan yang aku guna untuk tujuan sia-sia?”. Sedangkan duit tu mewakili amanah yang diberi kepada kita... Jadi, tak kisahlah penaja korang MARA, JPA,  PTPTN, FaMa (ibu bapa) atau apa-apa organisasi pun, jagalah amanah yang diberikan kepada kita...

     Selain itu, buku ni diterbitkan untuk mengumpal dana pembinaan dan pembangunan maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Maka, dengan membeli buku ni, kita bukan sahaja dapat menuntut dan menyebarkan ilmu, kita dapat membantu insan-insan lain meneruskan pendidikan. Semoga perkongsian kali ni berguna untuk semua... Assalamualaikum, bye.. =)

Wednesday, April 25, 2012

EPIQ share - Nak Ke Mana Lepas Ni?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Masa aku muda-muda dulu, aku pun pernah bersekolah dan melepasi fasa SPM. Tapi ada satu masalah: “Aku nak belajar kat mana pasni?”. Sudah tentu banyak universiti yang buat promosi  tentang ‘kelebihan’ menyambung pengajian di kampus mereka cuma, antara sekolah dan universiti ada satu peringkat yang dinamakan “pra-U” dan kebanyakan remaja (termasuk aku) sukar membuat pilihan dalam memilih haluan sendiri.

            Jadi, aku nak berkongsi  secebis maklumat yang aku dapat hari ni. Sebelum memasuki universiti, apa institusi/jurusan pra-U yang perlu kita sertai? Berikut adalah ringkasan tentang jurusan-jurusan yang mungkin korang pilih:

Matrikulasi Kerajaan
      ·         Menyediakan jurusan dalam bidang sains dan perakaunan.
      ·         Agak mudah dan lepasan jurusan ini diiktiraf di kebanyakan institusi pengajian tinggi    awam dan swasta serta beberapa universiti di UK, Australia, New Zealand dan Indonesia.
      ·         Terdapat Program Satu Tahun (PST) untuk pelajar aliran sains, perakaunan dan teknikal manakala Program Dua Tahun (PDT) untuk pelajar bumiputera sahaja dalam aliran sains.
      ·         Kadar tusyen jurusan ini disubsidikan malah, setiap pelajar akan mendapat elaun sebanyak RM1250 setiap semester.

Asasi Kolej
·         Kursus ini ditawarkan di institut pengajian swasta sama dengan  pengajian ijazah. Maka, pelajar yang memilih kursus ini haruslah nekad dalam mengambil jurusan yang sama di tempat yang sama.
·         Struktur pengajian dan sukatan pembelajaran adalah unik kepada institusi tersebut.
·         Mengambil masa hanya setahun yakni lebih cepat daripada diploma.
·         Memerlukan 5 kepujian dalam peperiksaan SPM.

International Baccalaureate (IB)
·         Dikira sebagai diploma dan mengambil masa selama dua tahun. Lepasan kursus ini diterima di mana-mana universiti dalam mana-mana jurusan.
·         Pelajar perlu mengambil sebanyak satu subjek daripada setiap kumpulan ini:
1.    Pengkajian bahasa dan sastera
2.    Pengukuhan bahasa
3.    Individu dan masyarakat
4.    Sains bereksperimen
5.    Matematik dan sains komputer
Dan untuk subjek keenam, pelajar boleh menambah daripada kumpulan 1-5 atau mengambil subjek daripada kumpulan
6.    Kesenian
·         Selain 6 subjek di atas, para penuntut haruslah menulis karangan panjang, mengikuti TOK dan CAS. Di penghujung pembelajaran pula, mereka perlu menduduki peperiksaan bertulis.
·         Untuk menjalani kursus ini, pelajar dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, menduduki ujian kemasukan dan menghadiri temuduga.

A-level
·         A-level ditadbir oleh Cambridge dan Edexcel. Lulusan kursus ini diterima serata dunia dan mengambil masa 18 bulan untuk ditamatkan.
·         Pelajar boleh mengambil 3 ke 4 mata pelajaran. Di samping itu,khususnya untuk pelajar Malaysia mereka dikehendaki untuk mengambil subjek Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam/Moral.
·         Terkini, IPTA yang menerima lulusan A-level adalah UM, UKM, UPM, UTM dan USM.
·         Walau bagaimanapun, kos pengajian kursus ini boleh mencapai RM10000-RM25000.

STPM
·         Program ini mengambil masa selama 1.5 tahun  dan merangkumi 3 semester. Mulai tahun ini, segala peperiksaan dan tugasan akan dijalankan mengikut semester.
·         Pelajar perlu mengambil 4 ke 5 subjek termasuklah Pengajian Am ditambah pula dengan MUET.
·         Pelajar yang tidak mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi dan matrikulasi akan secara automatik terdaftar sebagai pelajar STPM.
·         Meskipun, para pelajar terbelenggu dengan pakaian seragam, yuran pengajiannya murah: RM120 dan tambahan RM90 untuk setiap subjek.

Asasi
·         Ditawarkan oleh kerajaan, tempoh 1-2 tahun yang merangkumi 38 jam kredit. Terdapat Pengajian Satu Tahun dan Pengajian Dua Tahun.
·         Kursus ini ditawarkan di UM, UIAM, UiTM, UPNM, USIM, USM, UNIMAS dan UKM. Bidang yang boleh diceburi adalah perundangan, sains, perakaunan, kejuruteraan dan TESL.
·         Untuk memohon, pelajar haruslah berstatus Bumiputera dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam SPM termasuklah subjek Bahasa Malaysia.
·         Pelajar yang mengikuti program ini mendapat subsidi kerajaan, pengajian secara percuma dan elaun sebanyak RM 1250 setiap semester.
·         Bagi kebanyakan pelajar, mereka yang lulus akan dapat menyambung ijazah di institusi yang sama namun ada segelintir yang perlu mengisi semula UPU.
·         Kepada yang mahu menukar jurusan atau university, hasrat itu sukar untuk ditunaikan manakala bagi pelajar yang gagal menyempurnakan kursus ini, mereka perlu membayar kembali  serta memulakan segalanya semula.

Itulah serba ringkas mengenai kursus-kursus yang ditawarkan pada peringkat pra-universiti. Artikel ini sengaja tidak diberi secara lengkap untuk menggalakkan anda mencari maklumat tambahan yang sahih. Diharap agar entri ni boleh membantu dan ingatlah bahawa apa sekalipun pilihan yang kita buat, pastikan pilihan itu membantu kita di akhirat kelak =) Sekian, assalamualaikum dan selamat tinggal…

Sumber
“Vital Course Details” ,dari sisipan Undergraduate Focus Pre-U, akhbar New Straits Times keluaran 25 April 2012, mukasurat 8-9.

Tuesday, April 24, 2012

EPIQ read - Ustaz, Nak Tanya Sikit Boleh?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... (^o^) Hari ni penulis ingin berkongsi dengan para pembaca satu majalah baru keluaran Telaga Biru yakni al-Ustaz.


Majalah ni masih baru di pasaran yang menekankan konsep interaktif dalam pembacaan dan konsep ini dinyatakan dalam slogan majalah ini: “Anda Musykil Islam Menjawab”. Menyedari akan perlunya penyesuaian serta kefahaman dalam suasana semasa, para kolumnis majalah ini mencuba untuk menjawab persoalan-persoalan yang selari dengan arus kontemporari.
Antara kolumnis yang menyumbang dalam penerbitan majalah  ini adalah:

  1. Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamad 
  2. Prof. Dr. Muhaya hj. Mohamad
  3. Dato’ Hj. Ismail Kamus
  4. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
  5. Ustaz Azhar Idrus
  6. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
  7. Ustazah Norhafizah binti Hj. Musa
  8. Ustazah Mahfuzah bt. Omar
  9. Dr. Abdul Basit Abd. Rahman
  10. Dan banyak lagi.....
Maka, inilah peluang untuk mendalami ilmu bagi kita yang selalu bergegas dalam kehidupan ini. Memang benar bahawa lebih bagus sekiranya kita belajar secara bersemuka dengan guru, namun ingatlah bahawa penerbitan majalah ini bukan untuk mengganti pengajian secara berguru namun untuk menyemai budaya mencintai ilmu dan ulama’ serta mencetuskan minat untuk menyelam ke dalam lautan ilmu yang tidak bertepi.
                Semoga pembacaan kita mampu mendekatkan kita kepada PENCIPTA kita, insya-ALLAH... Sekian, assalamualaikum.

Tuesday, April 17, 2012

EPIQ share - Kisah Aurat dan Aku


Assalamualaikum~~ Hari ni kita akan menelusuri dua kisah yang tentang masyarakat kita. Enjoice!!


Boy:    Hai, awak…
Gal:     (Dengan wajah tertekan) Ya, kamu nak apa?
Boy:    Awak ni lawa la~~ Tapi sayang, kecantikan awak tu terhalang oleh hijab awak..
Gal:     Terhalang? Suami saya je yang berhak lihat semua tu.
Boy:    Alasan je tu.. Awak nak sembunyikan kehodohan awak kan?
Gal:     Apa yang awak nak sampaikan sebenarnya?
Boy:    Okey,okey,okey… Untuk puaskan hati saya, boleh saya tengok apa yang ada dalam tudung awak yang labuh tu??
Gal:     Kenapa pulak?
Boy:    Yelah, mana tau awak ni sebenarnya takde rambut... Kalau ada, tunjuklah… Kalau saya tak dapat tengok rambut awak, saya anggap awak ni tak berambut…
Gal:     Sebelum tu, apakata kamu bagi saya tengok otak kamu?
Boy:    Kenapa pulak?
Gal:     Yelah, mana tau awak ni sebenarnya takde otak... Kalau ada, tunjuklah… Kalau saya tak dapat tengok otak awak, saya anggap awak ni tak berotak…


Budak: Assalamualaikum, kak!!
Model: Kamu ni siapa?
Budak: Orang biasa.. basikal tua… Kak ni pernah mintak bantuan baitulmal atau  Jabatan Kebajikan?
Model: Kenapa pulak?
Budak: Sebab kak ni mampu beli kain untuk tutup dari bahu hingga dada dan dari pusat hingga peha je…
Model: Kurang ajar!!!
Budak:Jangan marah-marah… Saya cuma nak halang orang-orang macam akak daripada melakukan gangguan seksual terhadap kaum lelaki macam kami. Akak yang seksi tapi kami yg terseksa.. Sebagai cadangan, untuk saya cuma rasa kak lebih cantik kalau berpakaian macam ni:

 
Sebelum semua aurat akak tu ‘ditutup’ macam kawan saya ni:




            Kesimpulannya, aurat bertindak sebagai mekanisma untuk menjaga maruah kita dan untuk mengelakkan kita daripada melakukan gangguan seksual kepada orang lain. Gangguan seksual?? Ya, kerana ‘rangsangan’ visual yang anda sajikan tu mampu mengganggu mental serta emosi manusia-manusia yang ‘lemah’ hatinya. Ingatlah, aurat itu satu kelebihan yang hanya layak dinikmati oleh pihak yang selayaknya: suami atau isteri anda. Assalamualaikum…