Wednesday, April 4, 2012

EPIQ says - Origin of the Blog

Assalamualaikum.. =) mesti korang terfikir mne dtg istilah EPIQ tu kan?? dalam lagu ni dikisahkan perjuangan Nabi Musa a.s. dan kisah ni epik atas banyak sebab. Antaranya:

  1. ibu beliau meletakkan beliau di dalam kotak semasa beliau masih kecil agar beliau selamat daripada perburuan Firaun. Bukan macam 'ibu tak sah taraf' sekarang yang menghanyutkan anak mereka untuk menyelamatkan maruah (kononnya) sendiri.
  2. beliau adalah seorang rasul yang diuji dengan umat yang sangat degil, mengada-ngada dan gedik. dalam situasi kontemporari, kita sebagai ketua pasti akan jumpa pengikut yang berperangai seperti Bani Israil jadi, kita bolleh teladani Nabi Musa dalam pengurusan pengikut kita.
  3. beliau menunjukkan bahawa kita sebagai pendakwah perlu juga bergaul dengan penentang dakwah kita sebagai wasilah untuk menyampaikan risalah tauhid.
jadi, insya-ALLAH kita boleh contohi beliau dan rasul-rasul lain dalam menjalani kehidupan kita.. =) blog ni mungkin tidak seepik kisah Nabi Musa a.s. tapi dengan sokongan dan doa anda, insya-ALLAH ada pencapaian yang boleh dibuat...

No comments:

Post a Comment